RPH Bahasa Malaysia Thn 1

Tahun : 1
Masa  : 30 minit
Tajuk  : Kebersihan Diri
Obj     : Pada akhir P&P, murid dapat
              i. menggunakan kata nama am yang mengandungi dua atau lebih
                suku kata terbuka dan tertutup dalam pelbagai situasi.
              ii. membaca dan menyenaraikan kata nama am mengikut
                 kategori.

Langkah /Masa
Aktiviti P&P
Catatan

Set Induksi
(3 minit)


  1. Murid membaca seni kata lagu yang ditunjukkan oleh cikgu.
  2. Murid menyanyikan lagu  dengan rentak seni kata lagu "Bangun Pagi Gosok Gigi" secara beramai-ramai.
  3. Guru mengemukakan tajuk pelajaran pada hari ini iaitu ‘Kata Nama Am’.

Nilai:
Menjaga Kebersihan

BBM:
Lagu Kebersihan

Langkah 1
(7 minit)


  1. Guru memberi penerangan mengenai kategori kata nama am iaitu tempat, benda, orang, binatang.
  2. Murid menyebut kata nama am yang terdapat dalam lagu.
  3. Guru meminta murid mengangkat tangan sebelum menyebut kata nama am tersebut.
  4. Murid menyebut semula kata nama am yang dipamerkan oleh guru secara kelas.
tikus    sabun    sekolah    bapa    bilik


Nilai:
Berdisiplin

 BBM:
Kad Perkataan

Langkah 2
(10 minit)


  1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan untuk menjalankan permainan “Peti Undi”.
  2. Setiap kumpulan diberi sebuah kotak yang mengandungi pelbagai kad kata nama am.
  3. Murid diminta memilih satu kata nama am lalu memasukkan ke dalam kotak yang disediakan mengikut kategori setelah muzik dihentikan.
  4. Murid menampalkan kad-kad tersebut pada papan hitam mengikut kategori.
  5. Murid membaca kad kata nama am mengikut kategori secara kelas.

Nilai:
Bekerjasama

BBM:
Kad kata nama am
kotak

Langkah 3
(8 minit)


  1. Setelah membaca kata nama am secara kelas, guru mengagihkan lembaran kerja.
  2. Murid diminta menyenaraikan kata nama am mengikut kategori pada lembaran kerja.
  3. Bincangkan jawapan secara kelas.

Nilai:
Berdisplin

BBM:
Lembaran kerja

Penutup
(2 minit)
  1. Guru membimbing murid untuk menceritakan semula pembelajaran hari ini.


Refleksi : 
      Hari ini saya telah mengadakan sesi pengajaran yang berkaitan dengan kemahiran kata nama am. Pada langkah set induksi, murid-murid  melibatkan diri dengan aktif. Mereka berasa seronok semasa menyanyikan lagu ini. Pada langkah satu, murid-murid dapat menyatakan kata nama am mengikut kategori setelah saya memberi penerangan. Ini telah meyakinkan saya untuk mengajar topik ini. Seterusnya saya telah menjalankan permainan "Peti Undi". Tujuan permainan ini dijalankan ialah untuk mengukuh lagi kemahiran yang diajar pada hari ini. Saya tahu objektif pengajaran pada hari ini tercapai kerana murid-murid dapat menyiapkan lembaran kerja yang diedarkan ini.

Lagu Kebersihan

Bangun pagi gosok gigi,
Cuci muka dan mandi,
Guna sabun agar wangi,
Ke sekolah senang hati.

Kakak bangun kemas bilik,
Agar bersih dan rapi,
Ibu masak bapa makan,
Pergi kerja suka hati.

Kakak suka bela kucing,
Semua tikus pun lari,
Keluarga saya suka hati,
Rumah bersih berseri.



Lembaran Kerja
       Baca perkataan di bawah.
 kakak       gigi        tikus       bapa        kucing
 kipas        ikan       datuk      nenek      rumah
 bilik        sabun      kedai      tuala       arnab


      Senaraikan kata nama am mengikut kumpulan.

Orang
Binatang
Benda
Tempat