RPH Bahasa Malaysia Thn 2

Langkah /Masa
Aktiviti P&P
Catatan

Set Induksi
(3 minit)


  1. Guru menunjukkan gambar laungan merdeka.
  2. Guru meminta murid untuk memerhatikan gambar tersebut dan bersoal jawab dengan murid.
  3. Guru mengemukakan tajuk pelajaran pada hari ini iaitu ‘Tokoh Kemerdekaan’.

Nilai:
Menghormati dan menghargai


BBM:
Kad gambar

Langkah 1
(10 minit)

  1. Guru meminta murid mengeluarkan buku teks.
  2. Murid membaca buku dengan sebutan dan interasi yang betul.
  3. Guru menerangkan biodata dan sumbangan tokoh kemerdekaan berdasarkan petikan.
  4. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan teks yang dibaca dan membimbing murid mengenali tokoh kemerdekaan.

Nilai:
Bersyukur


BBM:
Buku teks

Langkah 2
(8 minit)


  1. Guru menunjukkan gambar-gambar tokoh kemerdekaan.
  2. Guru meminta murid menyebutkan nama tokoh tersebut kemudian nyatakan sumbangan beliau.
  3. Murid dikehendaki mengangkat tangan sebelum menjawab soalan.

Nilai:
Berdisiplin

BBM:
Kad gambar  & Kad nama tokoh

Langkah 3
(6 minit)


  1. Menjalankan permainan "Cari Kawan".
  2. Guru membekalkan kad gambar tokoh dan kad nama tokoh kepada setiap murid.
  3. Murid diminta untuk memadankan kad gambar dan kad nama tersebut setelah muzik berhenti.
  4. Perbincangan dijalankan selepas permainan dijalankan.
  5. Guru memberi pujian kepada semua murid.

Nilai:
Berdisplin


BBM:
Radio, CD

Penutup
(3 minit)

  1. Guru membimbing murid untuk menceritakan semula pembelajaran hari ini.
  2. Guru meminta  murid-murid menyiapkan lembaran kerja.

BBM:
Lembaran kerja

Refleksi :
          Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan aktiviti yang terpenting di dalam bilik darjah. Kejayaan dan kelemahan suatu proses pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada guru yang melaksanakannya. Pada hari ini, saya telah menjalankan makropengajaran yang bertajuk “Tokoh Kemerdekaan” dalam kelas tahun 2 dan jumlah muridnya seramai 10 orang sahaja.
Pada langkah set induksi, murid tidak kenal akan tokoh dalam gambar yang saya tunjukkan tetapi mereka memahami situasi tersebut kerana mereka dapat menjawab soalan kedua. Semasa P&P dijalankan, murid-murid melibatkan diri dengan aktif. Ini telah meyakinkan saya untuk mengajar topik ini. Pada langkah pertama, murid-murid dapat membaca petikan dengan sebutan yang betul tetapi saya perlu mengukuhkan lagi bacaan mereka tentang sebutan tahun. Saya telah mengubah rancangan pengajaran saya pada langkah yang kedua. Saya hanya meminta murid-murid mengenal dan menyebut nama tokoh sahaja kerana saya rasa murid-murid susah untuk menyatakan sumbangan tokoh tanpa merujukkan buku teks. Setelah murid mengenal tokoh, saya menjalankan permainan untuk mereka. Oleh kerana sekolah saya ialah jenis SKM dan kawasan agak terhad, saya terpaksa juga menjalankan aktiviti ini dalam kelas dan kesannya tidak begitu baik kerana murid-murid tidak mempunyai ruang yang lebih untuk bergerak. Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi, saya akan menjalankan aktiviti ini di dewan sekolah supaya murid-murid dapat menjalankan permainan ini dengan lebih aktif lagi. 
Gambar Tokoh Kemerdekaan

Lembaran Kerja
Petikan Teks